Urus bisnes dengan sistem.
Kami membangunkan sistem digital yang membantu anda mengurus pelanggan, pekerja, stok dan operasi bisnes dengan lebih tersusun.
Bila bisnes semakin besar, sistem jadi penting.
Banyak kerja dalam bisnes masih dibuat secara manual, menggunakan spreadsheet atau bergantung kepada banyak tools yang berbeza. Sistem yang betul boleh membantu anda menyusun operasi dengan lebih mudah dan teratur.
Sistem untuk keperluan bisnes.
Kami membangunkan sistem yang membantu bahagian tertentu dalam bisnes supaya kerja lebih tersusun dan mudah diurus.
CRM System
Urus database pelanggan, rekod enquiry, follow-up dan aktiviti pelanggan dalam satu sistem.
HR System
Bantu urus maklumat pekerja, rekod kehadiran, cuti dan proses HR dengan lebih teratur.
Inventory System
Pantau stok dan pergerakan inventori supaya anda lebih mudah mengetahui keadaan stok semasa.
Tak jumpa sistem yang anda perlukan?
Kami juga boleh membangunkan sistem custom dari kosong berdasarkan proses dan keperluan sebenar bisnes anda.
Kerja lebih tersusun.
Sistem bukan sekadar menggantikan spreadsheet. Ia membantu anda mempunyai cara kerja yang lebih jelas dan konsisten.
Satu Tempat
Maklumat penting bisnes disusun dalam satu sistem yang mudah diakses.
Kurang Manual
Kurangkan kerja berulang dan proses yang mengambil masa team anda.
Lebih Tersusun
Proses kerja menjadi lebih jelas dan mudah diikuti oleh team.
Mudah Berkembang
Sistem boleh dikembangkan apabila keperluan bisnes anda berubah.
Dari idea kepada sistem sebenar.
Kami fahamkan proses bisnes terlebih dahulu sebelum menentukan sistem yang sesuai.
Consultation
Fahamkan masalah, proses kerja dan keperluan bisnes anda.
Planning
Tentukan struktur sistem, fungsi dan flow yang diperlukan.
Development
Sistem dibina dan diuji berdasarkan perancangan yang telah dipersetujui.
Launch
Sistem disiapkan dan disediakan untuk digunakan oleh team anda.
Bisnes anda perlukan sistem?
Ceritakan kepada kami bagaimana anda mengurus bisnes sekarang. Kami akan bincangkan sistem yang sesuai dengan keperluan anda.