Get Started
Get Started

TOFU, MOFU & BOFU

Faham Customer Journey Dalam Marketing

Tak semua orang yang nampak iklan kita akan terus membeli. Ada yang baru kenal brand, ada yang sedang mempertimbangkan dan ada yang memang sudah bersedia untuk membeli.

Sebab itu dalam marketing, kita biasa gunakan konsep TOFU, MOFU dan BOFU untuk memahami tahap customer sebelum mereka membuat keputusan.

1. TOFU — Top of Funnel

TOFU ialah peringkat paling awal. Customer mungkin belum kenal brand kita atau belum sedar bahawa mereka memerlukan produk atau servis tertentu.

Fokus utama di peringkat ini ialah awareness — memperkenalkan brand dan menarik perhatian.

Contoh:

  • Video edukasi di TikTok
  • Posting di Facebook atau Instagram
  • Artikel blog
  • Content yang menjawab masalah customer

Matlamat: Biar customer kenal kita dahulu.

2. MOFU — Middle of Funnel

MOFU ialah peringkat apabila customer sudah mula mengenali brand dan sedang mempertimbangkan pilihan yang ada.

Pada tahap ini, kita perlu membantu mereka memahami kenapa mereka patut memilih produk atau servis kita.

Contoh:

  • Case study
  • Perbandingan produk atau servis
  • Testimoni customer
  • Content yang menerangkan kelebihan servis
  • Free consultation atau quotation

Matlamat: Bina kepercayaan dan minat.

3. BOFU — Bottom of Funnel

BOFU ialah peringkat apabila customer sudah hampir membuat keputusan. Mereka mungkin sudah tahu apa yang mereka perlukan dan sedang mencari pilihan terbaik untuk dibeli.

Di sini, marketing perlu membantu mereka membuat keputusan akhir.

Contoh:

  • Promosi atau tawaran khas
  • Free quotation
  • Demo produk
  • Call to action yang jelas
  • Link untuk terus membuat pembelian

Matlamat: Tukarkan minat kepada tindakan.

Mudahnya begini

TOFU → Kenal kita
MOFU → Percaya dan pertimbangkan kita
BOFU → Bersedia untuk membeli

Marketing yang baik bukan sekadar menjual. Ia membantu customer bergerak dari kenal → percaya → beli.

Scroll to Top