SEO: Macam Mana Google Kenal Website?
Pernah tertanya-tanya macam mana website kita boleh muncul apabila orang mencari sesuatu di Google?
Jawapannya berkait rapat dengan SEO (Search Engine Optimization). Secara mudah, SEO membantu Google memahami kandungan website kita dan menentukan bila ia sesuai untuk dipaparkan kepada pengguna.
1. Google Crawl Website
Google menggunakan sistem automatik yang dipanggil crawler untuk menjelajah dan membaca halaman website.
Ia akan mencari kandungan, link dan maklumat yang terdapat dalam website tersebut.
2. Google Faham Kandungan
Selepas website dicrawl, Google akan cuba memahami kandungan setiap halaman.
Sebab itu perkara seperti tajuk, keyword, struktur kandungan dan link penting dalam SEO.
3. Google Tentukan Ranking
Apabila seseorang membuat carian, Google akan memilih halaman yang dianggap paling relevan untuk dipaparkan.
SEO membantu meningkatkan peluang website kita untuk muncul dalam hasil carian yang berkaitan.
Mudahnya begini
Crawl → Faham → Ranking
SEO bukan sekadar letak keyword dalam website. Ia membantu Google memahami website kita supaya kandungan kita lebih mudah ditemui oleh orang yang sedang mencari.